99kekasih.blogspot.com

Kuala Lumpur, Malaysia

Rabu, April 14, 2010

Terminal bas sementara Bukit Jalil

Salam semua!! Dah lama saya tak tulis apa-apa dlm blog kopipagi saya ni, takda masa dan mungkin juga takda benda hendak ditulis. Hari ni gaya penulisan saya lebih kepada bersahaja, tidak seperti yang sebelum2 ni....oklah dipendekkan cerita, semalam saya ke terminal bas sementara di Bukit Jalil..terminal bas Pudu Raya yg dipindahkan ke sini kerana kerja-kerja menaiktaraf Pudu Raya, kata mereka selama 4 bulan akan beroperasi di sini..di salah sebuah kawasan parking kenderaan stadium Bukit Jalil. Sebenarnya masa terminal bas beroperasi di Pudu Raya dulu pun, saya dah lama tak masuk ke dalam, kalau hantar orang pun hanya setakat luar sahaja. Jadi situasi kat Pudu Raya dulu tu mungkin sama dengan di Bukit Jalil ni.

Oklah..apa yang hendak saya kongsikan pengalaman saya masa di terminal bas Bukit Jalil semalam tu ialah tentang orang-orang yg bekerja sebagai.....(saya pun tak tau nak labelkan dia orang tu sebagai apa)...tapi yg pastinya dia orang ni berebut-rebut mencari penumpang, macam perayu undi di musim pilihanraya. Kalau dikira betul2 berpuluh orang jugak dia orang tu. Betullah dia orang ni nak kejar komisen, tapi sesetengah tu saya tengok macam nak memaksa pula penumpang memilih syarikat bas mereka. Sampai beg kita pun boleh dia orang tarik, kononnya nak tolong bawa. Pertanyaan2 seperti "nak gi mana?"... berapa orang?" tak putus2 keluar dari mulut dia orang tu..Selagi kita tak jawab, selagi tulah dia orang akan bertanya. Rimas kita dibuatnya.

Yang paling teruk apabila bas transit dari Pudu Raya sampai...mereka berebut-rebut berlari ke pintu bas, sampai menyusahkan penumpang nak turun. Apa yang saya perhatikan, di ruang pejalan kaki stesen LRT Bukit Jalil pun dia orang serbu, kerana stesen itu berdekatan dengan terminal bas. Pada hal orang ramai yang turun dari LRT tu belum tentu nak ke terminal bas. Pantang aje nampak kereta berhenti, mereka akan terus serbu orang yang turun dari kereta itu. Saya pun tak pasti, apakah kegiatan sebegini masih ada berlaku di negara2 jiran kita, ataupun di negara2 yg sedang membangun seperti negara kita Malaysia.

Persoalannya sekarang, apakah kegiatan mereka ini akan terus beroperasi, akan terus berebut penumpang di terminal bas Pudu Raya yang akan siap dinaiktaraf nanti? Terminal bas yang berwajah baru dengan serba serbi kemudahan canggih, sudah tentulah akan tercalar dan tercemar sekiranya kegiatan di dalam terminal baru itu tidak berwajah baru. Terutamanya dari sudut pandangan pelancong asing yang akan bertumpu ke terminal baru itu nanti....Wassalam.