99kekasih.blogspot.com

Kuala Lumpur, Malaysia

Isnin, Januari 10, 2011

ROSAK LAGU PINCANG IRAMA

Saya merupakan peminat Anugerah Juara Lagu. Setiap tahun saya tidak ketinggalan menonton siaran langsungnya di TV3. Bertahun-tahun saya mengagumi AJL. Tetapi sejak setahun dua kebelakangan ini, lagu-lagu yang masuk final dan yang dinobatkan menjadi JUARA LAGU sudah tidak lagi menarik minat telinga saya untuk mendengar dan hati saya untuk memujanya. Adakah kerana lagu-lagu tersebut sememangnya untuk anak-anak muda? Atau memang pencipta lagu kini sudah tidak pedulikan lagi melodi, irama dan liriknya?

Andai dipisah lagu dan irama, rosakkah lagu dan pincangkah irama?  Semakin moden aliran muzik dan semakin hebat kreativiti pencipta lagu, semakin saya tidak dapat nak menghayati lagu-lagu zaman sekarang. Saya bukanlah orang dalam bidang muzik dan lagu, tetapi saya suka mendengar muzik dan lagu. Tetapi sayang, lagu-lagu ciptaan masakini seakan tidak ada melodi dan irama. Susunan muzik dan liriknya sudah tidak dapat hendak  saya  nikmati.

Kata sesetengah orang, "muzik entah kemana, lagu entah kemana". Lagu-lagu sekarang sudah tidak boleh lagi menemani pendengar dalam kereta di kala kesesakan jalanraya, sudah tidak boleh menemani kesunyian malam, sudah tidak boleh mendodoi kita di kala mata layu beralaskan bantal. Jauh sekali untuk menjadi siulan, seperti lagu dulu-dulu....!!!