99kekasih.blogspot.com

Kuala Lumpur, Malaysia

Sabtu, Januari 30, 2010

Imej sekolah tercemar


Bila sebut saja SEKOLAH, dari dulu sampai sekarang fungsinya tetap sama tak pernah berubah....tempat mendidik dan menimba ilmu. Tetapi sejak akhir2 ini, kita sering terbaca di akhbar2 pasal sekolah dah jadi tempat lepas geram, lepas dendam dan tempat bergaduh.....

Baru-baru ini kita dikejutkan dgn berita sekumpulan murid menceroboh masuk sekolah jiran dan menyerang beberapa pelajar yg sedang berada di kantin. Puncanya balas dendam. Berlakulah pergaduhan pelajar antara dua buah sekolah yg berjiran. Yang sedihnya pasu bunga pun terlibat sama sebagai alat untuk memukul sesama murid. Apalagi, maka adalah pelajar2 yg cedera. Pelajar2 lain yg tidak terlibat sudah pasti ketakutan bila perkara itu berlaku di depan mata mereka. Maknanya budaya samseng sudah melarat hingga ke dalam sekolah.

Kes yg terbaru pulak, pasal guru serang guru kerana dendam. Guru A lempang guru B..terus jadi macam gusti pulak kata mereka yg nampak. Kejar mengejar antara dua guru tersebut sehingga ke padang sekolah. Pastinya babak yg tidak diingini ini disaksikan oleh guru2 dan pelajar2 sekolah tersebut. Apa pula tanggapan pelajar bila melihat guru mereka bergusti sesama sendiri. Maka terlintaslah di kepala para pelajar akan peribahasa "kalau guru kencing berdiri, murid sudah tentu kencing berlari"....

Kalau boleh kita tak naklah murid "kencing berlari", biarlah guru saja yg "kencing berdiri".

Walaupun kejadian sedemikian hanya sebilangan kecil yg berlaku dan sebilangan kecil saja sekolah yg terlibat, tetapi imej sekolah tetap tercemar. Ibubapa mungkin terfikir, kenapa sekolah sekarang ni sudah jadi begitu keadaannya? Budaya apakah yg sedang bercambah di sekolah sekarang ini? Dan kemana perginya nilai2 murni yg diterapkan di sekolah?

Mungkinkah kita sekarang sedang berdepan dengan situasi tekanan hidup yg amat sangat, sehinggakan kesabaran hanya di mulut sahaja tetapi di dalam diri tidak lagi. Bila kesabaran dinyahkan maka amarah yg akan bertakhta di dalam diri kita, lalu pertimbangan dan sikap mengalah perlahan-lahan lenyap dlm kehidupan. Maka syaitan pun bertepuk tangan meraikan kemenangan......demi kemenangan!!







Khamis, Januari 28, 2010

baru kenal dh kena rogol !!


HAMPIR setiap hari kita dipaparkan dgn berita2 gadis2 kena rogol oleh org yg baru dikenali. ROGOL...istilah yg merujuk kpd paksaan. Pelik!! baru kenal diajak naik motor... dia pun naik.. ajak naik kereta..dia pun ikut. Lepas tu sempat pulak bersiar-siar sekitar kota dan makan2..... kemudian diajak ke rumah..ikut jugak. Lepas tu berlakulah adegan rogol. Si lelaki tadi tu sempat pulak inform dgn pelakon2 extra yg lain utk join sama. Maka jadilah tajuk "dirogol beramai-ramai".

Keesokan harinya si gadis tadi balik ke rumah dgn keadaan muram. Pihak keluarga tanya itu dan tanya ini... lalu mereka buat laporan polis.. dan selepas itu keluar dlm suratkhabar.. kita pun bacalah!!

Esok..lusa..tulat keluar lagi berita yg sewaktu dgnnya. Skripnya lebih kurang sama, cuma watak je yg berbeza. Hairan ye...kenapa berita2 sebegitu tak pernah dijadikan iktibar oleh org lain pulak? Seolah-olah anak2 gadis skrg tak takut pun dgn kejadian yg dipaparkan dlm akhbar itu. Maka dari dulu, kini dan selamanya lah perkara ini akan berlaku....

Sebenarnya aku bersimpati dgn mangsa2 yg malang tu!! Tapi tkkanlah tk boleh fikir, berkenalan dlm internet hanya sekejapan je pun boleh membawa kepada 'dating'. Tunggu bas tepi jln, ada mat motor dtg pelawa naik motor..berani pulak ikut. Takkan tak terlintas di kepala, risiko yg bakal mendatang??ATAU mungkin gadis2 ini tak dapat perhatian..keluarga & kawan2..atau mungkin jugak kita sdg berdepan dgn fenomena kepupusan kasih & sayang, sptmana pupusnya spesis dinosaur ??