99kekasih.blogspot.com

Kuala Lumpur, Malaysia

Khamis, Disember 23, 2010

Tahun Baru, Azam Baru, Perubahan Baru.

Tak lama lagi 2010 akan pergi dan 2011 akan mengambil tempat. Setiap kali menjelangnya tahun baru, orang akan sibok memperkatakan tentang AZAM..Azam Baru. Azam baru selalu dikaitkan dgn perubahan. Perubahan diri, perubahan karier, perubahan kewangan dan bermacam-macam perubahan lagi. Kalau tak berubah, bukan azam namanya tu!!

Setiap orang pasti inginkan perubahan. Dan sudah tentunya daripada yang lama kepada yang baru, yang tak baik kepada yang lebih baik, tak cantik kepada yang sedap mata memandang dan segala macam perubahan lagi. Yang pastinya, semua mengarah kepada yang positif. Jarang kita dengar orang akan berubah kepada yang negatif. 

Berubah memang mudah, tetapi untuk kekalkan satu-satu perubahan itu yang susah.....!!!