99kekasih.blogspot.com

Ahad, April 08, 2012

Kita yang semakin kurang bersemuka

Antara sedar atau tidak, kita sebenarnya semakin kurang bersemuka dengan teman-teman apabila teknologi telah mengambilalih segalanya melalui alam siber. Lagipun apa gunanya bersemuka kalau masing-masing dengan iphoe dan ipad, sampaikan teh tarik yang dipesan sejuk begitu sahaja. Bersembang pun tak macam dulu lagi sebab lebih tertumpu kepada gajet2 yang dibawa bersama.

Bayangkan kalau 10 tahun lagi, apakah kita masih mengamalkan budaya ziarah menziarah lantaran peranan alat komunikasi yang semakin canggih, berubah dengan begitu pantas sekali??



 

Sabtu, April 07, 2012

Jualan murah tipu orang ramai

Antara sedar atau tidak, orang ramai sebenarnya tertipu dengan taktik jualan murah (SALE) di gedung-gedung membeli belah. Apa tidaknya kalau ianya berlaku 2-3 kali dalam setahun. Harga barang sebenar yang kita tengok setiap hari tu, dinaikkan berganda-ganda, kemudian pada hari jualan murah tiba, mereka bagi diskaun 70%..50%..dan sebagainya. Kita pun teruja dengan harga yang murah gila, tetapi sebenarnya kita beli dengan harga yang sama pada hari-hari biasa. Kalau turun pun mungkin cuma kurang 10 ringgit.

Lagi pun mana ada pusat membeli belah yang sanggup buat SALE berkali-kali dalam setahun kalau terpaksa menanggung rugi...Silapnya kita, kerana cepat taksub dengan papan tanda SALE yang terpampang sikit punyalah besar...dan bagaimana besarnya papan tanda sale tu maka macam tulah besarnya nilai wang kita yang mengalir keluar, tidak sepadan dengan nilai barang yang kita beli.